Signifikan pilihan raya separuh penggal AS
Iklan
Pada 3 November ini rakyat AS akan mengundi untuk semua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 daripada 100 kerusi Senat. - Gambar hiasan
AMERIKA Syarikat (AS) mempunyai satu kebiasaan politik yang mungkin agak aneh kepada kita di Malaysia.
Belum pun sampai separuh tempoh seorang presiden berada di Rumah Putih, rakyatnya sudah diminta kembali ke peti undi untuk menentukan siapa akan duduk di Kongres.