Hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 6 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 3.15 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal membabitkan keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor, selain Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu); Kelantan (Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas) dan Pahang (Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran).

Bagi Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin.

Iklan

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas ialah Kuching, Samarahan, Serian (Serian dan Siburan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Kapit (Song), Miri dan Limbang.

Di Sabah ia melibatkan Tawau, Kunak dan Lahad Datu, Pantai Barat (Kota Belud, Putatan, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Pedalaman (Beaufort, Sipitang, Tambunan dan Membakut), Kudat (Kota Marudu) dan Sandakan (Kinabatangan). - Bernama

Iklan