KUCHING - Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan untuk tidak mengarahkan penutupan taska secara menyeluruh mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan itu ketika bekerja.