Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga jam 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas dijangka melibatkan Bandar Baharu dan Kulim di Kedah, Pulau Pinang serta Perak (Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut dijangka melanda Terengganu (Kemaman dan Dungun) serta Pahang (Bentong, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Cameron Highlands dan Lipis).

Di Selangor meliputi kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan (Seremban dan Jelebu) serta Johor (Pontian, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat dan Johor Bahru).

Iklan
Iklan

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Betong (Kabong dan Saratok), Sibu, Kapit (Song), Sarikei dan Mukah. - Bernama