Mayat lelaki terbakar ditemui di tepi landasan keretapi

Iklan
Mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk proses bedah siasat. Gambar hiasan

PASIR GUDANG - Satu mayat lelaki ditemui orang awam dalam keadaan terbakar di tepi landasan keretapi laluan Kempas-Pasir Gudang, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat tersebut di kilometer 22.50 dan kilometer 22.75 berdekatan landasan tersebut pada jam 4.20 petang.

Iklan
Iklan

"Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama-sama pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati mayat yang ditemui merupakan seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dalam keadaan terbakar hampir 70 peratus," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk proses bedah siasat.

"Hasil pemeriksaan bedah siasat pada hari ini mendapati punca kematian adalah akibat melecur atau terbakar yang serius. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," ujar beliau.

Iklan