Belanjawan berdaya tahan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
SEPERTI biasa, rakan-rakan sekerja saya di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menghasilkan analisis tentang Belanjawan 2027 – sama ada perbelanjaan daripada peruntukan kerajaan, perbelanjaan yang akan ditanggung orang awam atau reformasi yang dijanjikan.
Belanjawan ini secara meluas dianggap oleh para jurubank, pelabur, diplomat dan pengulas sebagai 'belanjawan pilihan raya', memandangkan kita tahu bahawa Pilihan Raya Umum perlu diadakan selewat-lewatnya pada awal tahun 2028.