Sungai deras, perjuangan hidup tidak pernah surut
Iklan
Bot panjang masih menjadi pilihan penduduk sebagai pengangkutan utama. Gambar kecil: Henry Pulutan, Biana Angasab
KENINGAU - Deruan enjin bot membelah Sungai Logongon yang berarus deras sementara batu-batu besar kehitaman dan jeram di sepanjang laluan menjadi antara cabaran yang perlu ditempuh penulis bersama rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Forces of Love (FoL) dan pasukan bomba untuk sampai ke sebuah sekolah di pedalaman Pagalungan, Nabawan.
Biarpun perjalanan menyusuri sungai selama hampir 20 minit menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Babalitan agak tenang, pengalaman berbeza dirasai ketika pulang apabila bot perlu melawan arus deras, sekali gus memperlihatkan kemahiran pengemudi mengharungi laluan berbatu dan berjeram.