'Pertama kali lihat Tuanku murka depan mata'- Cicit Siamang Gagap

Iklan
Laporan Sinar Harian dan Tuanku Muhriz (kanan).

SHAH ALAM - Tidak menyangka akan menyaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir murka di depan mata, Muhamad Kamel Yassin mengakui dirinya berdebar melihat kejadian itu.

Cicit kepada pahlawan terkenal Negeri Sembilan, Datuk Siamang Gagap itu berkata, beliau pertama kali melihat Baginda menunjukkan kemurkaan sedemikian ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Saya tiba kira-kira dua minit lewat daripada kebiasaannya.

Muhamad Kamel berkata, detik itu bermula apabila Baginda bertanya mengenai keberadaan Penghulu Luak Inas dan Penghulu Luak Terachi.

Iklan

Katanya, beliau segera mendapatkan kedua-dua penghulu berkenaan yang ketika itu berada berhampiran kereta sebelum membawa mereka ke tempat Baginda.

"Kejadian itu berlaku selepas Baginda menunaikan solat Jumaat. Baginda yang ingin beredar menuju ke bahagian kanan masjid, manakala Menteri Besar itu menyusul kemudian.

Iklan

“Saya berada sebelah Tuanku dan mendengar titah Baginda itu sebelum Baginda beredar. Ismail Lasim juga tidak berkata apa-apa ketika itu,” katanya.

Dalam video yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat menegur Ismail secara terbuka berhubung surat yang didakwa dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Baginda turut mempersoalkan tujuan Ismail mahu menghadap Baginda susulan dakwaan bahawa Menteri Besar itu bersama barisan Exco membuat keputusan bahawa Baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Ismail bin Lasim telah tulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar baru-baru ini mengatakan keputusan dia buat dengan Exco itu ialah sah dan saya ini bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Jadi hari ini dia nak datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa yang dikatakannya sebelum ini, jangan datang jumpa saya.

“Go away. Don’t see me. I don’t want to see you. You understand? I’m Yang Dipertuan Besar or not? and you said I’m not,” titah Tuanku Muhriz.

Sebelum kejadian itu, Ismail menyambut ketibaan Tuanku Muhriz di masjid berkenaan dan memaklumkan bahawa Baginda datang untuk menunaikan solat.

Ismail kemudiannya dilihat mengangkat sembah sebelum jemaah yang hadir melaungkan 'Daulat Tuanku'.