JAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit pemimpin kanan parti politik

Iklan
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van milik JAIS berada di kawasan tempat letak kereta sebuah premis.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kesalahan khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 petang susulan kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Datuk Mohd Shahzihan Ahmad

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van milik JAIS berada di kawasan tempat letak kereta sebuah premis.

Iklan

Hantaran itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai kehadiran kenderaan penguat kuasa agama itu di lokasi terbabit.

Malah, individu yang didakwa kelihatan memasuki van itu dikaitkan sebagai pemimpin kanan sebuah parti politik.

Dakwaan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan sindiran dalam talian sebelum JAIS mengesahkan berlaku penahanan dua individu berkaitan kes khalwat.

Bagaimanapun, JAIS tidak menamakan individu yang ditahan dalam kenyataan berkenaan.