Anggota JPJ maut, kenderaan dirempuh ketika buat pemeriksaan lori

Iklan
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang, malam Khamis.

SEREMBAN – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jabatan itu dan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang di sini, malam Khamis.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu dikatakan berlaku ketika anggota JPJ berkenaan sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di lorong kecemasan.