Guru tuisyen ditahan disyaki amang seksual lima pelajar lelaki

Iklan
Polis menerima lima laporan berasingan berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Bukit Jalil. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di rumah suspek yang turut dijadikan sebagai pusat tuisyen.

Iklan
Iklan

"Laporan polis yang pertama dibuat pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Fadil berkata, pihak polis melakukan siasatan terperinci dan merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.

Iklan

"Siasatan lanjut sudah dijalankan dan polis sudah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga dan mangsa.

"Semua pihak iaitu ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan kes ini," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Fadil berkata, suspek kes tersebut sudah pun ditahan dan permohonan reman sudah diluluskan bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

"Suspek ditangkap dan kini berada dalam tahanan reman.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," katanya.