RM510 bilion: Angka besar, mencari reformasi
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat. Foto fail Bernama
JUMAAT lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiri di Dewan Rakyat dan mengulang ungkapan 'sukacita diumumkan' berkali-kali. Rakyat diberitahu Belanjawan 2027 bernilai RM510 bilion. Angka besar, nada yakin dan senarai panjang 'hadiah' untuk pelbagai golongan. Tetapi apabila tirai diselak, apa sebenarnya yang ada di sebalik angka?
Pertama, soal angka itu sendiri. RM510 bilion itu bukan wang Kerajaan Persekutuan semata-mata. Ia termasuk RM25 bilion daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion melalui kerjasama awam-swasta dan RM14.2 bilion daripada badan berkanun.