Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

Iklan
Seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditemukan maut, dibawa oleh anggota polis berhampiran kediaman di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini bagi membantu siasatan. Foto Bernama

NILAI - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami

"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Iklan

Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya. - Bernama