Jerebu: Pelaksanaan UASA minggu depan ditangguhkan - KPM

Iklan
Pelaksanaan UASA yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan susulan situasi jerebu masih melanda negara. Foto hiasan

SHAH ALAM - Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan susulan situasi jerebu masih melanda negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki UASA.

Iklan
Iklan

Menurut KPM, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan ujian berkenaan memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah.

"Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga. KPM memahami dilema yang dihadapi ibu bapa.

Iklan

"Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, namun pada masa sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan mereka terlepas pentaksiran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

KPM menegaskan kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan, selain memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan teratur.

Iklan