Penuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti

Iklan
Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut di blok asrama institut pengajian tinggi. Foto hiasan

GEORGE TOWN - Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut di blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.- Bernama

Iklan
Iklan