Ahli politik Filipina disyaki biayai penerbangan seludup dadah

Iklan
Joseph Frederick Calulut. Foto Agensi

MANILA - Seorang ahli politik dari Mindanao, selatan Filipina didakwa membiayai sewaan jet peribadi yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram bahan disyaki syabu bernilai 3.54 bilion peso Filipina (RM229 juta) yang dirampas di Laos.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA), Joseph Frederick Calulut pada Khamis berkata, pihak penyiasat telah mengesahkan individu berkenaan menyediakan wang bagi membiayai penerbangan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan The Manila Times, ahli politik terbabit didakwa membayar sebanyak 3.1 juta peso (RM200,680) untuk menyewa pesawat itu.

Bagaimanapun, Calulut enggan mendedahkan identiti atau jawatan individu berkenaan kerana siasatan masih diteruskan.

Iklan

Beliau hanya memaklumkan bahawa ahli politik tersebut merupakan anggota sebuah parti yang menentang pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr.

Rampasan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lalu selepas juruterbang dilaporkan enggan membawa bagasi yang mencurigakan.

Iklan

Keengganan itu menyebabkan penerbangan dibatalkan sebelum pihak berkuasa menemukan dadah berkenaan.

Siasatan kini diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam rangkaian penyeludupan rentas negara tersebut. - Agensi