China mahu perluas pemindahan teknologi, pengetahuan ke Malaysia - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya dari China, Ding Xuexiang di Dewan Besar Rakyat. Foto Bernama
BEIJING - China mahu memperkukuh dan memperluas kerjasama dengan Malaysia menerusi pemindahan teknologi dan pengetahuan melangkaui pendekatan berasaskan pelaburan semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, perkara itu antara yang diberikan penekanan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Ding Xuexiang, khususnya dalam usaha memperluas kerjasama strategik pada peringkat tertinggi antara kedua-dua negara.
Iklan
Iklan
Ahmad Zahid berkata, kerjasama berkenaan bukan sahaja melibatkan pelaburan oleh syarikat China di Malaysia tetapi turut merangkumi pemindahan teknologi melalui kerjasama dua hala, termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan sektor kenderaan elektrik (EV).
"Beliau turut mencadangkan beberapa perkara baharu yang harus diterima oleh Malaysia, dengan hasrat China bukan sahaja memindahkan teknologi tetapi juga pengetahuan yang pada hemat saya sangat dialu-alukan,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Iklan
Terdahulu, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke China mengadakan kunjungan hormat ke atas Ding di Dewan Besar Rakyat di sini dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit.
Beliau berkata, China turut menyatakan kesediaan meneliti pembiayaan melalui Exim Bank China bagi projek penting di Malaysia yang berimpak tinggi terhadap ekonomi negara.
Iklan
Ahmad Zahid berkata, langkah itu membuka ruang untuk meneliti kemungkinan pembiayaan bagi projek lain selain ECRL, yang melibatkan pelaburan besar serta pinjaman dengan jaminan kerajaan.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan projek baharu yang dibincangkan dan menyerahkan pengumuman mengenainya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.
"Ada beberapa projek yang telah diperbincangkan. Apabila tiba masanya nanti, biarlah Perdana Menteri sendiri yang membuat pengumuman.
"Ada dua perkara (projek) yang pada hemat saya sangat besar yang harus dihubungkan atau dimaklumkan oleh Perdana Menteri sendiri mengenai perkara itu,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, hasil perbincangan dengan Ding akan dibawa kepada pengetahuan Anwar untuk maklumat dan pertimbangan, selain dibincangkan dengan Menteri Luar bagi tindakan susulan.
Beliau berkata, pertemuan itu turut menyentuh kerjasama pelbagai hala, termasuk sokongan China terhadap usaha Malaysia menjadi anggota penuh BRICS serta harapan Beijing agar Malaysia terus memainkan peranan merapatkan hubungan China dengan negara ASEAN. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>