Malaysia Airlines wajibkan penumpang pakai topeng muka
Iklan
KUALA LUMPUR - Semua penumpang Malaysia Airlines kini dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April 2020 di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan koronavirus (Covid-19).
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keperluan ini terpakai kepada semua penumpang (tidak termasuk bayi) yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan.