Pas mendahului UMNO di Melaka
Iklan
Sokongan Pas dilihat lebih kuat dalam kalangan pengundi baharu selepas PRN15. Gambar hiasan
SAYA hairan dengan analisa yang mengandaikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan bulat-bulat mengikuti formula di negeri Johor dan Negeri Sembilan di mana PN – atau lebih tepat lagi, Pas+ – akan menjadi rakan kongsi muda BN atau UMNO.
Pandangan bahawa Pas adalah parti wilayah utara adalah persepsi ketinggalan zaman. Dalam PRU15, PN mendahului BN bukan saja di Perak dan Selangor, malah juga di Melaka.