Bulan madu tunggu dulu, YB ada kerja
Iklan
Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bernikah pada 10 Oktober 2026.
ORANG lain selepas dua hari bergelar suami, mungkin masih mahu menikmati suasana bulan madu. Maklumlah, baru sahaja selesai majlis perkahwinan, tentulah banyak momen manis yang mahu dikenang bersama pasangan.
Tetapi bagi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, nampaknya tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap menjadi keutamaan. Tiada istilah 'cuti kahwin' baginya.