Ilmu tiada noktah
Iklan
Ilmu juga membantu kita memahami mengapa sesuatu berlaku dan bagaimana kita boleh bertindak dengan lebih bijaksana. Gambar hiasan janaan AI.
HAKIKATNYA, semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak perkara yang belum kita ketahui. Malangnya, masih ada dalam kalangan kita yang merasakan proses pembelajaran sudah berakhir apabila mereka meninggalkan bangku sekolah atau universiti. Ada pula yang beranggapan bahawa usia yang semakin meningkat menjadi alasan untuk berhenti belajar.
Lebih membimbangkan, ada yang merasakan pengalaman dan kedudukan sudah cukup untuk menjadikan dirinya seorang yang serba tahu. Sedangkan dunia terus berubah dan ilmu terus berkembang. Malah, cara manusia berfikir, bekerja dan berinteraksi juga sentiasa mengalami perubahan. Persoalannya, jika dunia tidak pernah berhenti berubah, mengapa kita memilih untuk berhenti belajar?