Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok

Iklan
Suspek berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam 14 April, ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SHAH ALAM - Seorang bekas pengarah pusat pendidikan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi jemputan media pada Rabu, SPRM memaklumkan, pertuduhan dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, SPRM tidak memperincikan kesalahan yang bakal dihadapi bekas pengarah berkenaan dalam kenyataan tersebut.

Pada 15 April lalu, media melaporkan, seorang bekas pengarah pusat pendidikan bergelar Datuk ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan menggunakan wang RM1 juta bagi tujuan peribadi.

Iklan

Suspek berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam 14 April, ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara tahun 2023 hingga 2025 ketika memegang jawatan sebagai pengarah pusat pendidikan di IPTA terbabit.

Iklan

Susulan penahanan itu, SPRM turut membekukan empat akaun bank, membabitkan satu akaun syarikat dan tiga akaun individu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM600,000.