Perkukuh jaminan kesihatan pesara - KPMS

Iklan
Shahrin (lima dari kiri) bergambar bersama-sama sebahagian anggota KPMS semasa MoU antara UiTM dengan rakan strategik industri di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam di sini pada Rabu.

SHAH ALAM – Jaminan penjagaan kesihatan golongan pesara perlu diberikan perhatian serius ketika Malaysia berdepan peningkatan jumlah warga emas yang memerlukan sokongan kesihatan seiring pertambahan usia.

Presiden Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS), Latifah Sidek berkata, kerjasama antara institusi pendidikan dan industri penting bagi meyakinkan golongan pesara kerana aspek kesihatan mereka turut menjadi agenda penting negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, warga emas tidak seharusnya dianggap sebagai beban, sebaliknya aset berharga yang mempunyai pengalaman serta peranan penting dalam pembangunan masyarakat.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM, Profesor Dr Mohd Haidzir Abd Manaf berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dianggarkan mencecah 4.2 juta orang pada tahun ini bersamaan 12.3 peratus daripada keseluruhan penduduk negara.

Iklan

Katanya, perkembangan itu menunjukkan Malaysia sedang bergerak ke arah struktur penduduk yang semakin menua menjelang tahun 2036.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib pula berkata, persoalan penting yang perlu diberikan perhatian bukan sekadar bagaimana rakyat dapat hidup lebih lama, tetapi siapa yang akan menjaga mereka apabila usia semakin lanjut dan tahap kesihatan mula merosot.

Iklan

"Kerjasama antara universiti dan rakan industri dilihat sebagai antara usaha untuk memperkukuh jaringan dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat," tambah beliau.

Shahrin (lima dari kiri) bergambar bersama-sama sebahagian anggota KPMS semasa MoU antara UiTM dengan rakan strategik industri di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam di sini pada Rabu.