Lori bukan selipar jepun pakai sampai putus
Iklan
Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman Seksyen U10, Shah Alam pada Jumaat.
SETIAP kali berlaku kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat, bukan sahaja jalan raya menjadi sesak. Ruangan komen di media sosial turut sesak dengan pelbagai teori dan kecaman.
Muncullah ‘pakar-pakar’ mendesak supaya pemandu ditangkap, dipenjarakan, lesen memandu dibatalkan seumur hidup, malah ada yang sampai mencadangkan supaya dikenakan hukuman gantung sampai mati.