Lebih 50 peratus jemaah tangguh umrah
Iklan
Tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mendapati jemaah yang menggunakan Saudi Airlines masih meneruskan perjalanan selepas jadual penerbangan ditetapkan semula. Gambar kecil: Razali (kanan)
SHAH ALAM - Lebih 50 peratus jemaah umrah menangguhkan perjalanan ke Tanah Suci selepas kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia berbuat demikian susulan insiden pengeboman Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Sabtu lalu.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, jumlah itu meningkat daripada kira-kira 30 peratus sebelum nasihat kerajaan dikeluarkan.