Padah ceroboh kandang 'pak belang', lelaki maut dibaham harimau

Iklan
Kejadian itu turut dirakamkan pengunjung lain di Taman Hidupan Liar Yorkshire. - Foto Agensi

LONDON - Tindakan seorang lelaki yang seolah-olah ‘mencari penyakit’ dengan menceroboh kandang harimau di sebuah zoo di United Kingdom (UK) membawa padah apabila dia maut dibaham haiwan pemangsa itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Hidupan Liar Yorkshire Wildlife pada Sabtu lalu. Polis South Yorkshire dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai tindakan berani mati pengunjung tersebut.

Iklan
Iklan

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu duduk di atas rumput di dalam kandang sambil menuding jari ke arah harimau berkenaan ketika haiwan itu mengaum lalu menerkamnya.

Lelaki itu juga cuba melarikan diri, namun harimau tersebut menerpa ke arah tubuh mangsa sebelum menggigit bahunya.

Iklan

"Mangsa cedera parah akibat serangan itu," menurut jurucakap pihak berkuasa.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian, namun lelaki itu disahkan meninggal dunia meskipun petugas perubatan berusaha menyelamatkannya.

Iklan

Polis turut memaklumkan harimau berkenaan kekal berada di dalam kurungannya dan tiada ancaman terhadap keselamatan orang awam.

Zoo berkenaan kemudiannya ditutup kepada orang ramai pada akhir minggu lalu.

Susulan kejadian itu, ada pihak yang menggesa supaya membunuh harimau itu manakala sebahagian yang lain berpendapat lelaki itu sendiri harus dipersalahkan atas tindakannya menceroboh kandang haiwan tersebut.

Jurucakap Taman Hidupan Liar Yorkshire mengesahkan harimau spesies Amur yang terancam kepupusan itu dikenali sebagai Altai berada dalam keadaan selamat dan sihat serta tidak akan dimatikan. - Agensi