Dua graduan sarat hamil teruja genggam ijazah

Iklan
Dua graduan UniSZA, DaniaAinur (kiri) dan Nurhanieza teruja menggenggam Ijazah sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-18 pada Selasa.

​KUALA NERUS - Dua graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) teruja meraikan detik bersejarah menerima ijazah masing-masing sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-18 pada Selasa meskipun sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata.

​Kehadiran kedua-dua bakal ibu itu mencuri perhatian ramai apabila mereka tetap bersemangat melangkah ke dewan konvokesyen bagi meraikan kejayaan akademik setelah bertahun-tahun berjuang menamatkan pengajian di universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Graduan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian), Dania Ainur Natasya Muzafarnizam, 24, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, peluang menghadiri majlis konvokesyen dalam keadaan hamil sembilan bulan merupakan pengalaman cukup istimewa dan pastinya menjadi kenangan terpahat sepanjang hayat.

​"Kalau ikutkan saya dijangka melahirkan cahaya mata pada November ini. Saya teruja dan bersemangat untuk hadir bagi meraikan kejayaan walaupun kandungan semakin sarat dan hampir dengan tarikh jangkaan bersalin.

Iklan

"Detik ini sememangnya amat bermakna untuk saya lebih-lebih lagi apabila saya sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu,"ujarnya.

​Sementara itu, Nurhanieza Jasni, 24, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (dengan Kepujian) berasal dari Kelantan, turut mencuri tumpuan apabila hadir meraikan hari graduasinya dalam keadaan hamil lapan bulan.

Iklan

​Nurhanieza yang juga dijangka bersalin pada hujung bulan ini tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama rakan seperjuangan meraikan kejayaan menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

​Baginya, kehadiran pada hari konvokesyen membawa erti yang cukup besar kerana ia bukan sekadar meraikan segulung ijazah, malah menjadi simbol kesungguhan serta pengorbanan besar sepanjang menuntut ilmu.