RM1,000 ringankan beban pemandu teksi
Iklan
Bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa akan diagihkan secara berperingkat mulai Rabu. Gambar kecil: Zulkiflie (kiri) dan Mat Yassin
MELAKA – Bantuan khas RM1,000 yang diumumkan kerajaan mampu meringankan beban pemandu teksi dan kereta sewa, khususnya dalam menampung kos penyelenggaraan kenderaan, insurans serta cukai jalan yang semakin membebankan.
Yang Dipertua Gabungan Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Negeri Melaka, Zulkiflie Baharom berkata, sumbangan sekali bayar itu memberi kelegaan kepada pemandu yang perlu menyediakan perbelanjaan besar bagi memastikan kenderaan masing-masing sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.