Pesara jurutera rugi RM660,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Iklan
Mangsa terpedaya selepas suspek menawarkan skim pelaburan saham bermula RM10,000 yang menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus. Gambar hiasan

BERA – Tawaran pelaburan saham yang menjanjikan pulangan 10 peratus menjerat seorang pesara jurutera syarikat swasta sehingga kerugian RM660,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Kejadian itu bermula apabila lelaki berusia 56 tahun melihat satu iklan tersebut melalui laman sosial pada 5 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mangsa menekan pautan iklan tersebut dan berurusan dengan seorang individu yang tidak dikenali melalui aplikasi ‘WhatsApp’.

Menurutnya, individu itu kemudian menawarkan skim pelaburan saham bermula RM10,000 yang menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus.

Iklan

"Selepas membuat pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu apabila terus diminta memasukkan wang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kemudian menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Iklan

"Kita telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu, Zulkiflee menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan menerusi media sosial, terutama skim yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan nombor akaun bank dan nombor telefon menerusi laman sesawang Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

"Sekiranya menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi NSRC menerusi talian 997 dan membuat laporan polis di balai berhampiran," katanya.