Pakar bahasa badan dedah empat petanda kemungkinan Carrick bakal dipecat

Iklan
Carrick. Foto: AFP

MICHAEL Carrick didakwa menunjukkan empat petanda yang menggambarkan dirinya berada dalam tekanan hebat dan mungkin menjangkakan bakal dipecat sebagai pengurus Manchester United.

Dakwaan itu dibuat pakar bahasa badan, Darren Stanton yang meneliti gerak-geri serta ekspresi wajah Carrick ketika pengendali itu berdepan kritikan susulan prestasi hambar The Red Devils.

Iklan
Iklan

Tekanan terhadap Carrick semakin memuncak selepas United mencatat permulaan terburuk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 40 tahun.

Keputusan seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford turut menyaksikan Carrick dan barisan pemainnya diejek penyokong sendiri ketika meninggalkan padang.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan United sekadar mengumpul enam mata daripada enam perlawanan liga pertama di bawah kendalian Carrick musim ini.

Stanton, bekas detektif polis yang dikenali sebagai pakar mengesan pembohongan menerusi bahasa tubuh percaya bekas pemain tengah itu sedang bergelut menangani tekanan mengendalikan antara kelab terbesar dalam bola sepak dunia.

Iklan

Menurutnya, terdapat beberapa isyarat bukan lisan yang memperlihatkan keresahan dan ketidakselesaan Carrick ketika bercakap mengenai prestasi pasukannya.

“Pertama, kita melihat bahunya terangkat sebelah ketika bercakap. Gerak-geri itu menunjukkan kurang keyakinan terhadap perkara yang diperkatakannya, termasuk ketika mendakwa terdapat aspek permainan yang semakin baik.

“Kedua, kedutan pada dahinya menggambarkan tekanan emosi, kebimbangan dan kekecewaan.

“Kita juga dapat melihat bibirnya dirapatkan dengan kuat seolah-olah cuba menahan sesuatu daripada diluahkan. Dia kelihatan berusaha mengawal kata-kata yang sebenarnya ingin disampaikan

"Seterusnya, petunjuk penting yang lain ialah lidah Carrick. Beliau kerap menjelirkan lidahnya yang merupakan satu bentuk gerak isyarat menenangkan diri dan mencari kepastian.

"Ia adalah sebahagian daripada keluarga gerak isyarat, seperti meletakkan tangan ke mulut, menggosok belakang leher, atau berpura-pura ada sesuatu di dalam mata, yang bertujuan untuk mententeramkan diri,” katanya.

Selain itu, Stanton mendakwa wajah Carrick kelihatan pucat dan dia banyak berpeluh ketika berdepan soalan media selain beberapa kali menundukkan kepala ketika memberikan jawapan.

“Dia kelihatan mengambil masa sebelum menjawab soalan tertentu, seolah-olah cuba cuba mengambil seketika waktu dan menenangkan dirinya

“Dia juga menundukkan kepala dan terus berada dalam posisi itu ketika menjawab soalan. Gerak-geri tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha melindungi diri daripada tekanan yang sedang dihadapinya,” katanya.

Bagaimanapun, tafsiran bahasa tubuh itu tidak membuktikan Carrick benar-benar menjangkakan dirinya bakal dipecat, sebaliknya merupakan pandangan Stanton berdasarkan pemerhatiannya terhadap tingkah laku pengendali berkenaan.

Situasi semasa itu berbeza dengan perkembangan awal ketika Carrick mengambil alih tugas Ruben Amorim sebagai pengendali sementara pada Januari lalu.

Ketika itu, Carrick dilihat berjaya menghidupkan semula harapan United untuk memperbaiki kedudukan mereka, namun keputusan terbaharu menyaksikan tekanan terhadapnya kembali meningkat.