Belanjawan 2027 ada taring, berani
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto kecil: Rusdi Omar
ADA belanjawan yang sekadar mengagihkan wang. Ada belanjawan yang cuba memujuk semua pihak. Dan ada belanjawan yang mempunyai keberanian untuk membuat pilihan. Belanjawan Madani 2027 berada dalam kategori ketiga.
Dengan kekuatan keseluruhan RM510 bilion, belanjawan kelima Kerajaan Madani bukan sekadar besar dari segi angka.