AI: Jangan jadi tuan rumah tanpa kuasa
Iklan
Pelaburan dalam infrastruktur digital perlu seiring dengan pembangunan kepakaran tempatan bagi memastikan Malaysia mampu menguasai dan mengawal teknologi AI. Gambar kecil: Rais Hussin
BAYANGKAN permohonan kerja atau pinjaman bank ditolak selepas dinilai sistem kecerdasan buatan (AI). Jika keputusan itu salah, siapa boleh menjelaskan sebabnya, membetulkannya atau menghentikan sistem tersebut?
Persoalan itu semakin mendesak apabila AI bukan lagi sekadar menjawab soalan, malah boleh bertindak bagi pihak manusia.