Peralihan monsun dijangka pulihkan jerebu
Iklan
Azizan berkata, permulaan fasa peralihan monsun pada 9 Oktober turut mempengaruhi perubahan cuaca di negara ini.
SHAH ALAM - Keadaan jerebu di beberapa lokasi termasuk Lembah Klang dijangka beransur pulih mulai Ahad berikutan fasa peralihan monsun apabila perubahan arah tiupan angin dijangka membantu menolak asap dari selatan ke kawasan lain.
Pakar Meteorologi Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, perubahan itu berkait dengan sistem cuaca yang membawa angin dari utara melalui Laut Andaman dan kawasan Aceh, sekali gus menolak tiupan angin dari selatan yang membawa asap jerebu ke negara ini.