Sindiket lebih licik dan bijak ubah strategi
Iklan
Zakaria berkata, dalam usaha mengekang jenayah sindiket penyeludupan migran, JIM terus memperketat strategi penguatkuasaan.
SHAH ALAM – Sindiket penyeludupan migran semakin licik dengan menggunakan taktik laluan transit penerbangan di negara jiran sebelum dibawa masuk ke Malaysia menerusi beberapa kaedah termasuk jalan laut dan darat.
Dengan perancangan rapi dan tersusun, sindiket rangkaian rentas negara itu menggunakan dokumen palsu, transaksi kewangan berlapis serta rumah selamat bagi menyembunyikan pergerakan migran daripada dikesan pihak berkuasa.