KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pempengaruh media sosial Lim Sian See telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini bagi diambil keterangan berhubung hantaran di media sosialnya.
Menurut sumber, Sian See nama sebenarnya Datuk Eric See-To dibawa ke IPD Dang Wangi pada 12.45 tengah malam Ahad sebelum kes itu dirujuk ke Bukit Aman.
Sumber itu berkata, Sian See kemudian telah dibebaskan atas jaminan polis.
Sian See dilapor mempersoal penggunaan perkataan"lighad” dalam teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.
Dalam hantaran itu, Sian See mempersoal perkataan berkenaan sebelum mengaitkannya secara sinis dengan perkataan lain.
Perkataan"lighad” yang digunakan itu merujuk kepada esok atau masa hadapan, dipetik daripada Surah al-Hasyr ayat 18. - Bernama