Ikhlaskah penetapan gaji minimum?
Iklan
Kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027 wajar disambut baik. - Gambar hiasan
BELANJAWAN 2027 bertemakan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi' telah menggariskan keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan berjumlah RM510 bilion.
Daripada jumlah itu, RM459.8 bilion merupakan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, manakala bakinya melibatkan pelaburan GLIC, kerjasama awam-swasta, badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.