Budaya kukuh hubungan Malaysia-Rusia
Iklan
Keunikan seni dan budaya adalah wadah diplomatik paling berkesan untuk meredakan jurang perbezaan dan membina persefahaman bersama. Gambar kecil: Hesmel Faznee
LANGKAH Malaysia mendekati BRICS, termasuk menerusi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, mencerminkan percaturan strategik memperluas pengaruh diplomasi. Namun, jalinan dengan negara yang berdepan sekatan ekonomi menuntut ketelitian agar kepentingan nasional terus terpelihara.
Di sinilah diplomasi kuasa lembut (soft power) memanfaatkan budaya dan warisan untuk meneroka ruang kerjasama tanpa mencetuskan ketegangan geopolitik, sekali gus memperkukuh kedudukan dan wibawa Malaysia dalam BRICS.