Chean Chung belum mahu tinggalkan PJ
Iklan
Chean Chung
BEKAS Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, 45, menyamakan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keahliannya selama tiga tahun tanpa pendengaran disiplin seperti hukuman terhadap tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau yang menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu kemudian mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya dua hari selepas itu, pada 2 Oktober.