Siapa pertahankan institusi raja?
Iklan
Krisis politik di Negeri Sembilan mencetuskan persoalan tentang siapa sebenarnya yang mempertahankan institusi beraja. Foto hiasan
SEKIRANYA diambil iktibar apa yang berlaku di Negeri Sembilan (NS) Awang tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya mempertahankan institusi beraja? Apakah tindakan Menteri Besar dan Exconya menunjuk ke arah itu?
Apakah UMNO yang selama ini riuh rendah mempertahankan sistem beraja berlaku adil pada sistem yang kononnya cuba dipertahankannya? Apakah mungkin barisan Exco yang bersetia dan berikrar di hadapan Sultan kemudiannya membuat keputusan bersama menolak orang yang mereka akadkan sumpah setia jawatan?