Rujuk SAJ jika bil air naik: Exco
Iklan
Tular yang mendakwa bil air dan api naik mendadak.
JOHOR BAHRU - Pemilik akaun yang mendakwa berdepan masalah peningkatan bil air ‘luar biasa’ seperti tular di Facebook disaran merujuk kepada Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya ada membuat pemantauan dan sedar akan kewujudan dakwaan tersebut.
Iklan
Iklan
"Sekiranya ada insiden-insiden seperti ini, saya mengalu-alukan mereka untuk pergi ke pejabat SAJ. Kadang-kadang bil naik disebabkan paip bocor atau meter rosak tapi mereka tidak tahu.
"Kita kena kenal pasti dulu sebelum mengadu air sudah naik. Nasihat saya, cari pihak SAJ,” katanya selepas Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama IskandarSpace, di sini, kelmarin.
Iklan
Hadir sama, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), Datuk Ismail Ibrahim serta Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad.
Jimmy Puah berkata, pemilik akaun boleh memaklumkan kepadanya jika merasakan tidak mendapat keadilan atau jawapan munasabah daripada pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Iklan
Katanya, beliau bersedia memberikan pertolongan bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul.
Bagaimanapun, jelasnya, setakat ini tiada sebarang aduan mengenai kenaikan bil air dengan mendadak diterima.
Terdahulu, tular di Facebook keluhan segelintir rakyat negeri ini mendakwa bil air dan elektrik masing-masing mengalami kenaikan tinggi berbanding bulan sebelumnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>