Janda ditangkap khalwat dengan lelaki bujang, mengaku lahirkan anak luar nikah

Iklan
Sepasang kekasih yang memiiki anak luar nikah berusia empat bulan ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

KLUANG - Seorang lelaki bujang dan wanita berstatus janda yang mengaku mempunyai anak luar nikah berusia empat bulan ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres di sini.

Pasangan masing-masing berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam pemeriksaan kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Jumaat selepas pihak penguat kuasa menerima aduan awam mengenai kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan.

Iklan
Iklan

JAINJ menerusi satu kenyataan memaklumkan, ketika pemeriksaan, penguat kuasa mendapati pintu rumah tertutup dan pagar berkunci sebelum seorang lelaki tampil membuka pintu selepas kira-kira tiga minit salam diberikan.

“Apabila ditanya siapa di dalam rumah, lelaki ini menjawab ada bakal isterinya.

Iklan

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang memakai t-shirt lengan panjang dan berkain labuh di ruang tamu,” kata JAINJ.

Selepas itu, penguat kuasa kemudiannya menemukan seorang bayi yang sedang tidur di atas toto.

Iklan

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan memberitahu, bayi tersebut hasil hubungan luar nikah bersama kekasihnya.

“Lelaki ini kemudiannya mengaku telah meniduri wanita berkenaan beberapa kali sehingga mengandung.

“Apabila ditanya adakah mereka ingin bernikah? Lelaki jawab ada tetapi tunggu bayi itu besar sedikit lagi,” menurut kenyataan itu.

Pasangan ini akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan Seksyen 23 kerana kesalahan zina.