SUNGAI PETANI - Seramai 14 individu disyaki mempunyai kaitan kes bunuh seorang remaja yang ditemui terbaring tepi semak dekat Jalan Harvard - Gurun di sini pada Khamis, direman bagi membantu siasatan.
Perintah reman dibenarkan Majistret Noor Fazlina Musa ke atas kesemua suspek berusia 16 hingga 24 tahun di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini pada Jumaat.