Penganjur bazar Ramadan diminta pulangkan deposit peniaga

Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.-Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta penganjur bazar Ramadan untuk memulangkan bayaran awal atau deposit kepada peniaga susulan keputusan kerajaan tidak membenarkan ia dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berharap supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan tidak memulangkan deposit kepada peniaga terlibat yang cukup terkesan dengan situasi ketika ini.

Iklan
Iklan

"Mereka (peniaga) ini bayar deposit dengan harapan bazar dibuka, namun kerajaan telah buat keputusan bahawa tidak membenarkan bazar ini dibuka. Saya harap pulangkan keseluruhan deposit dan bayaran yang telah dibuat oleh peniaga ini.

"Kita ambil contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memulangkan keseluruhan deposit peniaga. Saya fikir kalau pun tidak dipulangkan sekarang ia digunakan untuk tahun hadapan.

Iklan

"Sebaik-baiknya pulangkan kepada mereka. Saya menyeru semua penganjur sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak lakukan perkara ini," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Diminta mengulas kekangan dihadapi golongan kurang upaya (OKU) untuk membuat semakan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), beliau berkata, golongan tersebut mempunyai dua cara iaitu menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dibantu.

Iklan

"Kedua, di setiap kawasan pastinya mempunyai pemimpin komuniti seperti ketua kampung.

"Saya minta mereka menghubungi atau pemimpin ini mengambil tahu keadaan golongan ini. Saya yakin mereka akan dibantu," katanya.