Belanjawan 2027: Bantuan tunai dijangka naik
Iklan
Bantuan bersasar diharap dapat meringankan tekanan kos sara hidup rakyat. Gambar kecil: Siong Hoo
SHAH ALAM – Bantuan tunai kepada rakyat dijangka meningkat menerusi Belanjawan 2027, namun kenaikannya berkemungkinan sederhana dan lebih bersasar, bukannya secara besar-besaran kepada semua golongan.
Profesor Ekonomi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Siong Hoo berkata, pertumbuhan ekonomi positif serta inflasi terkawal memberi sedikit ruang kepada kerajaan menambah bantuan bagi meringankan tekanan kos sara hidup.