RCI LCS bukan keutamaan, kerajaan perlu tegas - Penganalisis
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Khaled Nordin kecewa penyerahan LCS 1 dilewatkan ke April tahun depan. Gambar kecil: Zaki
SHAH ALAM - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kelewatan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bukan keutamaan ketika ini.
Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini sudah memadai untuk mengenal pasti pelbagai kelemahan yang berlaku dalam projek berkenaan.