568 kes rasuah babitkan penjawat awam - KPPA

Iklan
Wan Ahmad Dahlan bercakap pada sidang media pada Majlis Syarahan Perdana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2026 di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok. Foto Bernama

BACHOK - Sebanyak 568 kes rasuah membabitkan penjawat awam pada 2024 menjadi rekod tertinggi dan mencetuskan kebimbangan terhadap tahap integriti dalam jentera pentadbiran awam negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, jumlah itu menunjukkan krisis integriti menjadi antara kekangan struktural yang perlu diberi perhatian dalam usaha memperkukuh perkhidmatan awam.

Iklan
Iklan

"Hal ini berpunca daripada penguatkuasaan akta yang tidak konsisten, kelemahan prosedur perolehan dan masih wujudnya mentaliti ‘pintu belakang’ serta amalan ‘Little Napoleon’ demi mengaut keuntungan peribadi,” katanya pada program Syarahan Perdana Profesor Adjung di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan di sini pada Khamis.

Wan Ahmad Dahlan berkata, isu integriti adalah antara tiga kekangan utama yang dikenal pasti membelenggu jentera pentadbiran awam Malaysia ketika ini, selain penentangan terhadap perubahan dan mentaliti"silo” serta kelemahan sistemik.

Iklan

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, usaha memperkemas tatakelola dalam organisasi perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan isu rasuah.

"Dengan usaha berterusan yang dilaksanakan, saya penuh yakin isu terkait rasuah ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa dengan satu tekad yang jelas bahawa kita menolak perkara ini,” katanya.- Bernama

Iklan