Sapaan pagi bukan sekadar ucapan
Iklan
Seseorang yang konsisten mengingati orang lain ketika berdepan urusan sendiri sedang melaburkan masa dan perhatian untuk memelihara hubungan. Foto kecil: Ahmad 'Asri
DALAM era digital yang pantas, cara manusia berkomunikasi berubah dengan ketara. Media sosial serta aplikasi sembang seperti WhatsApp dan Telegram mempercepat interaksi, namun keperluan emosi manusia tetap sama: mahu dihargai, diingati dan dirasakan kewujudannya.
Di tengah kesibukan harian, amalan mengirim ucapan selamat pagi serta titipan doa kepada rakan mungkin kelihatan kecil. Namun, di sebalik mesej ringkas itu tersimpan nilai persahabatan, disiplin dan keikhlasan.