Jika LIMA tinggalkan Langkawi...
Iklan
Aksi pesawat aerobatik ketika pertunjukan udara sempena LIMA yang menjadi antara tarikan utama acara berkenaan. Foto kecil dari kiri: Aimi Zulhazmi, Zaki dan Norlida Hanim
SHAH ALAM - Lebih tiga dekad Langkawi sinonim dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), namun kini timbul persoalan sama ada pameran berprestij itu akan terus kekal di pulau berkenaan atau suatu hari nanti berpindah ke lokasi lain.
Cadangan memindahkan LIMA dikaitkan dengan keperluan ruang lebih luas, kemudahan bertaraf antarabangsa serta persaingan semakin sengit daripada negara jiran.