23.4 juta topeng muka diagih: Ismail Sabri

Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan telah mengagihkan sebanyak 23.4 juta topeng muka percuma kepada rakyat iaitu 69 peratus daripada 32.4 juta oleh pejabat-pejabat daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi setiap isi rumah empat keping topeng muka secara percuma.

Iklan
Iklan

"Baki sembilan juta topeng muka dalam proses agihan dan dijangka selesai diedarkan minggu ini.

"Pengagihan di Sabah dan Sarawak akan bermula pada hari ini (semalam)," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) di sini semalam.

Iklan
Iklan