Malvest, USM Kubang Kerian teroka potensi pelancongan perubatan

Iklan
Profesor Datuk’ Dr. Shaiful Bahari Ismail (kiri) dan Tan Kian Boon, JP (kanan) bertukar dokumen MoU antara USM dan Malvest Group Sdn Bhd, disaksikan Profesor Emeritus Datuk’ Dr. Hassan Said (tengah

SHAH ALAM - Malvest Group Sdn Bhd (Malvest) dan Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi pelancongan perubatan dan memperkukuh ekosistem penginapan serta ketersambungan di kampus kesihatan univeriti itu di Kubang Kerian.

Malvest berkata, dengan kepakaran perubatan, kemudahan kesihatan pakar serta ekosistem akademik USM yang kukuh, pihaknya berhasrat menyediakan penginapan jangka pendek dan panjang serta penyelesaian hospitaliti untuk pesakit, pelancong perubatan dan ahli keluarga yang mengiringi mereka.

Iklan
Iklan

“Gabungan kepakaran USM dalam bidang pendidikan dan kesihatan dengan pengalaman Malvest dalam pembangunan hartanah serta penyelesaian penginapan berpotensi meningkatkan pengalaman komuniti USM, pesakit serta pelawat.

Tan Kian Boon, JP (kiri) dan Profesor Datuk' Dr. Shaiful Bahari Ismail (kanan) menandatangani MoU antara Malvest Group Sdn Bhd dan USM, disaksikan Profesor Emeritus Datuk’ Dr. Hassan Said (tengah).

Iklan

"Melalui Mou berkenaan ia dapat memperkukuh lagi kedudukan Kubang Kerian dan Kelantan sebagai destinasi pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan perubatan," katanya.

Kerjasama strategik itu dimeterai menerusi MoU sempena LINK@USM 2026 yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian pada Isnin.

Iklan

Malvest menjelaskan, MoU berkenaan turut melibatkan kepakaran syarikat itu dalam penyediaan penginapan berkualiti dan penyelesaian hospitaliti untuk komuniti Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian.

“Antara fokus utama kerjasama ini ialah penginapan untuk mahasiswa antarabangsa, dengan matlamat menyediakan persekitaran kediaman yang selamat, selesa dan kondusif.

“Seterusnya menyokong aspirasi untuk menjadi 'Penginapan Pilihan Utama' bagi komuniti USM," katanya.

Syarikat pemaju hartanah itu berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen bersama dalam menterjemahkan jalinan universiti-industri kepada inisiatif praktikal yang memberi manfaat kepada komuniti USM, selain memperkukuh ekosistem di sekitar Kampus Kesihatan USM.

Ujarnya, kedua-dua syarikat itu akan terus meneroka bidang kerjasama yang praktikal berdasarkan keperluan dan peluang semasa dalam menyokong pembangunan ekosistem kampus kesihatan yang lebih bersepadu, kondusif dan mampan.